Thursday, March 4, 2010

REVIEW BLOG REMAJA BLOGGER OLEH Warnnie Musah

Pengalaman Adalah Guru Terbaik

Ada orang kata, kalau nak pandai dalam sesuatu bidang tu, kenalah berguru dengan mereka yang pandai dan arif dalam bidang yang mereka ingin ceburi. Contoh paling mudah, kalau nak jadi tukang masak yang terkenal dan laris di pasaran, berguru la dengan Chef Wan, gerenti dapat offer dari hotel 5 star untuk kerja dengan mereka.. :)

Review saya kali pertama dalam blog saya ini adalah berkenaan seorang lagi insan yang telah berguru dari mereka yang pakar. Tidak mustahil satu hari nanti insan ini akan dapat menjadi seorang yang disegani dalam dunia blogging. Saya perkenalkan kelahiran Blog Remaja Blogger dengan tagline blog tersebut Pengalaman Adalah Guru Terbaik. Pemilik blog adalah saudaraShahrul Faizi a.k.a Safis di dunia online dan berasal dari Negeri Sembilan.Blog Remaja Blogger ini telah dilancarkan pada 24 Februari 2010 dengan tujuan untuk mengumpul para blogger seterusnya berkongsi pelbagai maklumat perniagaan internet, tips, strategi pemasaran, serta produk digital mahupun fizikal.

Laman utama Remaja Blogger

Kepada anda yang bergelar blogger, tidak kiralah samada memiliki blog berbayar atau pun percuma, pemilik blog Remaja Blogger ini telah berbesar hati untuk mempromosikan URL blog untuk 100 orang blogger terawal.Anda juga boleh memuat-turun bonus audio sebagai tanda terima kasih kerana mengunjungi blog beliau. Apa yang saya lihat di blog beliau, walaupun masih baru dilancarkan, sudah ada Ebook percuma yang diberikan iaituPanduan Mendaftar Akaun Paypal (pada masa artikel ini ditulis).

Jangan ketinggalan mempromosikan blog anda di sini ya

Ebook percuma pun ada

Ada lagi..beliau juga baru saja berjaya melancarkan Ebook edisi berbayar hasil sulung beliau yang pertama bertajuk Laporan Buat Duit Dengan Blogberharga RM65.00. Sekali lagi sempena pelancarannya, ebook ini akan diberikan kepada anda secara PERCUMA! Saya rasakan hasil kerja 4 bulan diberikan secara percuma, mungkin saya tak sanggup lakukannya. Jadi ini merupakan peluang keemasan untuk anda menjadikan Ebook ini salah satu dari koleksi anda.

Secara keseluruhannya, blog Remaja Blogger ini masih banyak yang boleh dikemaskini dan saya rasa kekuatan blog ini adalah perkataan “Remaja” dan “Blogger” itu sendiri. Rata-rata blogger di Malaysia terdiri daripada golongan remaja dan ini mejadikan blog ini sudah mendapat tempat di hati para blogger remaja. Cuma mungkin pada bahagian header blog tersebut boleh diletakkan nama pemilik blog tersebut sebagai usaha meningkatkan kredibiliti dan reputasi beliau. Semoga berjaya dan terus saya ucapkan kepada pemilik blogRemaja Blogger.

p/s: Berbalik kepada tajuk artikel ini, pengalaman sememangnya guru terbaik…ia adalah pernyataan yang tidak harus diragui. Dan selalunya pengalaman ini memberikan kita lebih motivasi untuk melakukan sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh :)

p.s.s: kawan-kawan, artikel ini disediakan oleh Warnnie Musah, sila komen penulisan beliau.


RUANGAN INI DITAJA OLEH

2 comments: