Monday, April 26, 2010

Amaran!! Jangan Buat Duit Di Internet Jika Tiada ilmu!!



Setiap hari ada sahaja skim-skim internet yang muncul di internet ini, setiap hari jugalah ada sahaja mangsa-mangsa yang menyertainya. Kebanyakkannya, mereka yang terdesak memerlukan wang, dan disebabkan itulah mereka menyertai skim-skim ini.

Kenapa jadi begini? Kawan-kawan sekalian, janganlah anda mempercayai email-email spam yang masuk di dalam inbox anda yang mempromosikan skim-skim buat duit di internet. (email spam bermaksud, email yang diterima tanpa anda kehendaki, tidak mengenali siapa diri penghantar, tidak pernah mendaftarkan email anda untuk menerima email daripada mereka dan lain-lain.

Tidak di nafikan, saya juga pernah menyertai skim-skim ini, dan saya mengaku ketika itu saya tiada ilmu tentang perniagaan internet kerana saya sangkakan skim-skim inilah yang dinamakan perniagaan internet atau buat duit di internet. Tetapi ia adalah skim-skim yang akan mengkayakan pihak penganjur sahaja dan sudah semestinya bukan perniagaan internet yang sebenar!!

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi kepada anda semua, untuk pengetahuan anda semua saya adalah seorang usahawan internet. Saya menjalankan perniagaan internet dan sudah semestinya buat duit di internet.

Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan internet?

Pengguna internet menjadikan internet sebagai platform untuk berurusniaga sama ada menjual produk fizikal, digital atau menawarkan perkhidmatan kepada pelawat yang berminat.

dan bukannya mendaftarkan diri, dan membayar pendaftaran ahli, promosikan pada kawan-kawan, ajak sertai sama, sampai bila?? Apakah produk yang didagangkan? Dan ini sudah terbukti bukan perniagaan internet. Renung-renungkanlah.

Saya juga menjalankan perniagaan MLM berasaskan produk kesihatan menerusi internet, sudah semestinya ada produk yang didagangkan. Sudah pasti ini juga adalah perniagaan internet.

Kawan-kawan sekalian, tahukah anda blog juga boleh menghasilkan pendapatan? Ya!! Anda juga boleh buat duit dengan blog anda. Jadi, jangan lepaskan peluang!!

Kepada mereka-mereka diluar sana, saya harap, penulisan artikel saya ini akan menyedarkan anda untuk tidak menyertai skim-skim di internet. Jika anda benar-benar ingin menceburi bidang perniagaan internet, anda sebenarnya boleh memulakannya tanpa modal.. Ya!! Saya dahulu bermula tanpa modal. Modal yang sebenar adalah ilmu, tanpa ilmu saya juga tidak akan merasa duit daripada internet.

Nasihat saya, dapatkan ilmu sebelum anda menjalankan perniagaan internet. Jika anda berminat serta serius untuk menjalankan perniagaan internet..

Dapatkan Ebook 7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet. Sudah semestinya pelaburan yang berbaloi-baloi. Keterangan lanjut Kliksini




No comments:

Post a Comment