Saturday, April 10, 2010

TERGEMPAR!! Susah Sangat Ke Bisnes Internet Ini?

Salam hormat,


Saya harap kawan-kawan semua sihat, seperti biasa, terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengunjungi blog saya ini ye.. Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang seorang usahawan internet yang telah berjaya menghasilkan pendapatan dengan perniagaan internet sebenar!! Beliau ialah En Dlie.

Untuk pengetahuan anda semua En Dlie.. adalah pemilik ebook
"Pakej Panduan Bisnes Internet Profesional" ada memaklumkan kepada saya...


Ramai yang mengadu dan mengeluh kepada beliau kerana GAGAL di dalam bisnes internet mereka. Rata-ratanya tidak berjaya membuat jualan sama ada produk sendiri mahupun produk affiliate.

Adakah anda juga menghadapi masalah ini?

Jika YA, mari saya ceritakan satu kisah benar yang perlu anda semua hayati...

Pada tahun 2004, seorang pemuda baru mula bekerja di sebuah agensi jabatan kerajaan dengan pendapatan bersih pada ketika itu hanyalah sekitar RM600. Pada waktu itu, tangga gaji kerajaan belum lagi dinaikkan.

Beliau sedar bahawa gaji sebanyak itu hanya cukup-cukup makan sahaja. Agak sukar untuk menyimpan. Apatah lagi untuk memiliki sebuah kereta, pastinya duit gaji habis macam tu sahaja.

Bermacam-macam MLM beliau sertai dengan tujuan untuk mencari pendapatan lebih, namun kesemuanya GAGAL. Agak sukar untuk menaja orang pada ketika itu.

Kemudian, pada pertengahan tahun 2005 beliau mendapat tahu bahawa internet boleh memberikan pendapatan sampingan yang lumayan setelah beliau membaca buku Dr. Irfan Khairi.

Selama 6 bulan beliau memahami selok belok bisnes internet dan banyak membuat kajian serta maklumat tambahan di internet.

Akhirnya, pada tahun 2006 beliau memulakan bisnes internet pertama dengan menjual produk sendiri dalam bentuk CD. Namun, selama 3 bulan beliau tidak mendapat sebarang hasil walau 1 sen pun!

Hanya pada bulan ke-4 barulah beliau mendapat RM30 yang pertama daripada internet! Seterusnya selama 4 bulan beliau memperoleh pendapatan sekitar RM90 hingga RM120 sebulan.

Pada bulan ke-8, produk beliau tidak lagi ada pembeli. Dalam erti kata lain, tidak lagi laku!

Beliau terus menutup operasi bisnes internet. Pada mulanya memang beliau berputus asa, tetapi apabila semakin ramai yang menceburi bisnes internet dan muncul beberapa nama yang berjaya, beliau tekad untuk memulakannya sekali lagi.

Hampir 18 bulan sepanjang penutupan operasinya, beliau mengkaji dan melakukan banyak try & error bagi setiap ilmu bisnes internet yang beliau perolehi sama ada secara berbayar ataupun percuma.

Maka, pada penghujung tahun 2007, beliau memulakan sekali lagi bisnes internet dengan menjual produk MRR pula dengan menggunakan segala pengetahuan yang diperolehi sepanjang 18 bulan tersebut.

Akhirnya beliau berjaya menjual produk tersebut sebanyak 112 unit! Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi seorang usahawan internet yang baru melangkah pada ketika itu.

Hari ini, beliau telah berjaya.. berjaya memiliki sebuah bisnes internet yang memberikan income sampingan sebanyak 4-5 angka sebulan!

Kawan-kawan serta pengunjung sekalian... beliau yang saya maksudkan ialah En Dlie. Segala rahsia kejayaan beliau telah dibukukan dalam sebuah ebook iaitu...




Sekiranya anda semua mahu berjaya seperti mana En Dlie, ebook ini akan membantu anda untuk membina empayar bisnes internet dengan pantas!

Untuk maklumat lebih lanjut, kliksini

P.s: Dah macam cerita sedih la plak. ahaks..



No comments:

Post a Comment