Thursday, July 22, 2010

Pengenalan Pemasaran Affiliate

video

Sekarang, kita sudah memasuki alaf baru dalam komunikasi. Kita boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang kita mahu walau di mana mereka berada. Begitu juga dengan perniagaan. Setiap hari, semakin banyak syarikat perniagaan telah melebarkan sayap menerusi ruang komunikasi tanpa had ini iaitu internet.

Syarikat dalam negara boleh menjual barangan mereka ke pasaran luar tanpa perlu menambah pusat operasi di luar negara. Bagi pemilik perniagaan yang bijak, mereka akan melantik affiliate untuk mempromosi produk mereka di pasaran luar negara atau dalam negara.Di sinilah, anda memainkan peranan anda, bekerja dengan syarikat yang bijak dan memperoleh komisyen bagi setiap jualan.

Paling menarik, anda sebagai affiliate tidak terikat untuk bekerja dengan satu syarikat sahaja, anda boleh bekerja dengan 100 atau lebih syarikat dan memperoleh komisyen bagi setiap jualan. Kita bebas untuk memilih produk mana untuk kita promosikan.

Kelebihan sebagai affiliate adalah kita bebas untuk melakukan pekerjaan pada bila-bila masa yang kita suka. Malahan, pemilik perniagaan tidak boleh memaksa kita untuk bekerja dan setiap hari mereka akan memujuk kita untuk bekerja untuk mereka dengan memberi tips dan bantuan untuk kita melakukan promosi.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pemasaran Affiliate, sila klik link yang disediakan dibawah ini: