Monday, March 8, 2010

MATLAMAT+FOKUS = KEJAYAAN!! $$$

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..
Terima kasih kepada anda semua kerana sudi mengunjungi blog saya ini. hari ini saya hendak berkongsi sedikit tentang apa yang berlaku semalam..

Untuk pengetahuan anda, semalam, saya berjumpa dengan salah seorang leader Shamelin Bina, beliau ialah En. Nasaruddin, saya cukup bertuah kerana berpeluang berjumpa dengan beliau. Terima kasih kepada beliau kerana sudi datang ke tempat saya semata-mata untuk memenuhi permintaan saya untuk berjumpa dengan beliau setelah saya melihat tentang kejayaan beliau di dada akhbar pada hari yang sama.

Pada pandangan saya, beliau seorang yang hebat serta mempunyai motivasi yang tinggi dalam diri beliau, seorang yang sempoi dan juga low profile, walaupun beliau telah berjaya menggondol Anugerah Tabung Kereta Mewah, tidak sedikit pun beliau sombong dengan kejayaan yang beliau perolehi. Untuk pengetahuan anda juga, saya bukanlah ahli di bawah rangkaian beliau disebabkan ini jugalah saya kagum dengan beliau, walaupun saya bukan berada di dalam rangkaian beliau, beliau sudi berjumpa dengan saya dan berkongsi strategi beliau dengan saya. Inilah matlamat sebenar yang saya peolehi daripada beliau, bersama membina kekayaan dengan Shamelin.

Baiklah dibawah, saya ada sediakan gambar dan rakaman video yang saya rakamkan untuk tatapan anda/ pengunjung blog saya ini.

Shahrul Faizi & Nasaruddin

Ketika saya berjumpa dengan beliau, saya ada membawa keratan akhbar yang menyiarkan tentang kejayaan beliau. kenapa saya membawa keratan tersebut? sebabnya adalah, untuk meminta tanda tangan beliau (dah macam artis la pulakkan).

En. Nasa memberikan autograf untuk peminatnya (saya lah peminatnya).

diatas ialah keratan akhbar yang telah
ditanda tangani oleh beliau. terima kasih En.Nasa.

Rakaman video untuk tatapan anda.
3 minit bersama En.Nasaruddin
(sebelum mainkan video ini, sila pausekan radio online di bawah blog ini)

video
Terima kasih kepada En.Nasa kerana sudi memberikan kerjasama kepada saya. untuk pengetahuan anda, rakaman ini diambil sebanyak 2 kali, tiada skrip dan ianya spontan sahaja. saya minta maaf jika video ini tidak memuaskan hati anda.
Cukuplah sampai disini sahaja. jumpa anda di post akan datang. jika anda suka dengan blog saya ini. sila masukkan email anda, jadi subcriber blog saya ini.
terima kasih..

p.s: punya la saya gementar untuk berjumpa dengan beliau.. Tup2.. beliau seorang yang sempoi dan peramah orangnya.. LEGA..



No comments:

Post a Comment