Monday, February 15, 2010

AKU DAN BAJU KURUNG SAFIS COLLECTION

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
bertemu kembali..
Hari ini saya hendak berkongsi sedikit tentang baju kurung yang menjadi permintaan ramai. Ia juga menjadi keperluan harian bagi mereka yang bekerja atau pelajar, terutama sekali WANITA, PEREMPUAN, AWEK, dan sebagainya.. selain itu boleh dipakai ke majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi, dan lain-lain.. (nak pakai tidur pun boleh)..
untuk katalog SAFIS COLLECTION, klik sini

Tahukah anda baju kurung adalah warisan melayu dari zaman nenek moyang kita lagi, dari mana asalnya baju kurung? Saya masih lagi membuat kajian tentangnya.




Sebagai tukang jahit, saya amat berminat menjahit baju kurung, walaupun saya tidak boleh memakainya (kerana saya lelaki, hehe..).. saya suka tengok wanita yang memakai baju kurung, terserlah kesopanan dan keayuan seseorang wanita tersebut.




Untuk pengetahuan anda semua, Ibu saya Ana Asiah (pengasas SAFIS COLLECTION sejak 1998) telah berkecimpung dalam dunia jahitan selama 18 tahun..(saya baru je baru beberapa tahun, belum habis menimba ilmu dengan ibu saya lagi).. beliau hanya fokus pada pakaian baju kurung sahaja, saya bersetuju dengan pendapat ibu saya iaitu baju kurung tidak makan dek zaman.




SAFIS COLLECTION (since 1998)

GALERI SAFIS COLLECTION. Klik sini

Apa yang menariknya, pada tahun 1998, ibu saya telah mengasaskan produk SAFIS COLLECTION, iaitu baju kurung siap dari saiz XSS-XL.. dan kini pada tahun 2010, SAFIS COLLECTION mempunyai 6 rekaan eksklusif baju kurung seperti baju kurung RIAU, PAHANG, MODEN, MAHSURI, PALEMBANG, PERAK.. lihat katalog klik sini
Nama-nama baju kurung ini, diberikan sendiri oleh beliau..(setiap fesyen yang direka akan di beri nama, tapi saya tidak tahu akan fesyen yang mempunyai nama yang serupa di dalam pasaran) apa yang pasti, produk SAFIS COLLECTION, adalah hasil rekaan sendiri. Saya lebih menggalakkan pelanggan saya mencuba fesyen SAFIS COLLECTION daripada terus membeli.
Kepuasan anda matlamat kami, kelainan setiap rekaan di janjikan. Berkunjung lah kedai kami.
Untu keterangan lanjut, anda boleh layari blog SAFIS COLLECTION klik sini
sekian.. jumpa lagi.. terima kasih semua..
jangan lupa dapatkan bonus audio dari saya tentang tips percuma..
download disini. klik

No comments:

Post a Comment