Friday, February 26, 2010

SYARIKAT SKIM KUTU WANG POS DISERBU???

assalammualaikum dan selamat sejahtera..

saya harap anda sihat bersama keluarga tersayang..
kepada umat islam, saya mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul, oleh itu, jadikan sambutan Maulidur Rasul tahun ini sebagai misi mengisi iman, landasan membetulkan akhlak dan wadah memacu jati diri.. salam..

oh ya.. kenapa dengan tajuk ya.. sebenarnya, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tidak dapat saya lupakan, sebelum ini saya di pelawa oleh seorang rakan untuk menyertai skim kutu wang pos, yang dikenali (tuuuutttt) hehe.. Apa yang di tunjukkan, bagi saya memang lumayan, tapi saya musykil dan mustahil kerana boleh dapat pulangan yang lumayan tanpa melakukan apa-apa dalam masa yang singkat.

Jadi saya berat hati untuk menyertainya kerana macam sesuatu yang menguasai diri saya untuk tidak menyertainya. Jadi saya biarkan sahaja dan berterima kasih kepada rakan saya kerana menunjukkan peluang tersebut.

Akhirnya, syarikat skim kutu terbabit diserbu oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan disiasat mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Untuk pengetahuan anda juga di bawah akta tersebut, dinyatakan bahawa mana-mana orang perseorangan, perniagaan atau syarikat dilarang daripada menganjurkan apa-apa skim dana kutu. jika disabit kesalahan, penganjur boleh dihukum penjara, 3 tahun atau denda tidak melebihi RM5000.

kawan-kawan dan pengunjung-pengunjung sekalian, dan orang ramai juga diminta menghubungi Seksyen Aduan SSM di talian 03-22995477/ 5450/ 5451 sekiranya mempunyai maklumat mengenai skim atau program kutu yang lain.

sekian..
sumber harian metro 26 feb 2010 M/s 35A

p.s: huh.. Epul, nasib baik aku tak join. alhamdulillah.. selamat duit aku.. hehe.. jangan marah ha..

p.s.s: kawan-kawan jangan lupa dapatkan e-book pertama saya yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ni ya.. Laporan Buat Duit Dengan Blog.. Free jer..

AWAS: kepada penganjur skim kutu di internet, bersiap sedialah anda untuk diserbu..

No comments:

Post a Comment